Terdapat 3 jenis dysmenorrhoea mengikut keterukannya:
1) Mild – sakit yang ringan yang selalunya berlaku pada hari pertama haid iaitu ketika
haid banyak.
2) Moderate – sakit yang lebih teruk sedikit yang berlarutan sehingga 2-3 hari serta
di tambah dengan simptom-simptom yang lain seperti loya, muntah, pening.
Kesakitan ini mungkin mengganggu aktiviti harian ketika didatangi haid.
3)Severe – sakit yang teruk yang berterusan sepanjang haid dan mengganggu
kehidupan harian. Keadaan ini perlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor untuk
memastikan tidak ada masalah sakit puan yang lain.
Antara cara untuk mengurangkan masalah senggugut adalah seperti berikut :
1) Analgesik – ubat untuk mengurangkan kesakitan seperti paracetamol,
mefenamic acid (ponstan) dan ibuprofen.
2) Melakukan senaman yang ringan.
3) Menggunakan ‘hot water bag’ di bahagian abdomen untuk mengurangkan
kesakitan.
4) Relaks dan jangan terlalu stres kerana stres, kerisauan dan ketakutan akan
menyebabkan senggugut menjadi lebih teruk.
p/s:utk diri sendiri tdo @meletakan air panas utk melegakn symtom sengugut....














No comments:
Post a Comment